Harini aku nak share pasal camne nak practice saving mulai sekarang. Okay, as usual la manusia ni selalu lupa nak bersyukur ( termasuk aku ) and kalau difikir-fikirkan balik pasal small things pon kita bole jadi membazir kan? So benda tu tak elok, then here aku nak share something yang aku fikir bole membantu mengurangkan pembaziran.. Hope bermanfaat kepada korang yang membaca! :)
1) Beli pek isian semula
Tak kira la shower gel, shampoo, sabun basuh, softener & sabun basuh pinggan, kalau nak jimat belilah pek isian semula sebab biasanya yang mahal tu botolnya. Hahaha! Tapi apapun sebagai pengguna bijak, kita kena jugak tgk berapa ml dan compare dengan harga yang dalam botol tu. Kalau beza harga tak banyak, so itsokay la kalau kita tak beli yang dalam pek isian semula tu pun :)
2) Looking for similar items which is cheaper
Bagi yang gila berfesyen, yang ikut trend, yang up to date segala bagai tapi nak berjimat, aku ada good tips. Contoh korang nak beli baju or handbags idaman korang tapi harga mahal kemain kan? Nah, tak payah susah-susah. One thing to remind you, tak semestinya barang mahal tu bagus dan barang murah tu tak bagus kan ? Kalau korang ada perception mcm tu, tlg buang jauh-jauh melainkan korang mmg mampu nak pakai 'designer collections'. Korang boleh selak-selak majalah tengok fashion apa tengah in sekarang or just google it, then korang pegi la window shopping. Masuk butik favourite korang , then pegi tempat yang lebih murah macam kat Times Square tu looking for similar items. Aku penah kot jumpa baju kat Padini harga RM100++ then jumpa baju sama kat TS harga RM29 je. See?
3)Mix and match
Bukak wardrobe korang masing-masing tengok balik baju, seluar, skirt, shawls korang. Punya berlambak kan? Ada yang sekali dua je korang pakai pun ada kan? Haa, macam aku lah. So, jangan buang masa pikir nak perabih duit beli barang baru je menambah lagi khazanah yang sedia ada, cuba korang teliti balik dan cuba mix and match baju-baju korang tu untuk dapat gaya yang berbeza. Kene pandai la main ngan kaler, cam sekarang kan famous colour blocking, bole lah korang cuba yang mana bersesuaian ngan korang. Jimat!
4) Recycle items
Bagi barang-barang yang boleh di recycle, eloklah kita asingkan dan recycle. Kertas, tin, botol kaca, plastik dan segala macam lagi, semua tu bole jadi duit dan yang penting sekali kita ada rasa t/jwb nak jaga alam sekitar kan? So what are you waiting for? Start now! and kalau pegi shopping tu, biasakan letak dalam handbag , shopping bags. Takdela kita nak guna banyak plastic bags dan menambahkan kerosakan kat muka bumi ni kan? Simple.
5)Tetapkan priority
Biasakan buat list sebelum nak pegi beli barang. Ingat, jangan beli barang yang masih boleh digunakan atau tidak penting. Compare harga dulu, then buat pilihan bijak.
6)Guna wang kertas sahaja, simpan duit syiling
Bagi korang yang memang tak pernah kenal or alergi ngan saving, korang boleh apply tips ni sebagai permulaan. Guna duit kertas je dan segala syiling korang simpan dalam satu tempat yang lain. Lama-lama korng akan sedar yang duit korang simpan sikit-sikit tu lama-lama jadi banyak jugak and mudah-mudahan korang akan lebih bijak manage duit lepas tu :)
7) Baca paper online, beli magazine/ books kat kedai second hand or pinjam novel dari kawan
Bagi yang suka membaca tapi nak jimat, boleh sebenarnya. Macam newspaper yang sememangnya hari-hari korang nak baca, cuba lah baca online. Sama jugak mcm bahan bacaan yang lain, sekarang ni teknologi di hujung jari kan? Kalau korang still selesa nak yng jenis buku, korang boleh jimat dengan beli majalah, novel or komik di kedai second hand macam Novelhut tu. Lain cara, korang pinjam jelah dari library or kawan. Kalau macam aku ni, novel dah semestinya aku baca sekali je, so sangat membazir bila aku beli , then habis baca berkurun simpan tak jadi apa.
Tu jelah sikit sebanyak yang aku boleh berfikir untuk berjimat. Macam makanan tu kalau taknak membazir mintak jelah dimasak separuh or korang tapau jela bawak balik. Sekarang ni segalanya boleh untuk berjimat. Bukan kedekut tapi jimattttt... Walaupun nampak remeh tapi kalau selalu diamalkan, hasilnya akan nampak jugak. Selamat mencuba!