Friday, March 29, 2013

Glamorous night #dinner

Semalam aku join event dinner JPH. Budak senior la organised benda alah ni. Actually, benda ni paksaan. Aku tak berminat pon nak pegi tapi disebabkan da bayar, maka haruslah pergi. Haha. Rezeki jangan ditolak. Gitteww :D Okayy, event ni namanya "Glamarous Charity Night", haa bunyi macam gempak je en. Glemer la sangat kononnya. Mesti da terbayang-bayang Rozita Che Wan a.k.a Che Ta or Didie Alias or Double A ( Azwan Ali ) tetiba kann ? Glamour la konon tadi tu. Haha! Kembar-kembar mereka ni ada la masa event tu. Jangan kata depa ni, klon retis2 laen macam Yuna, Shila Amzah pon tak ketinggalan. macam-macam pesyen la aku dok perati semalam. Apa yang boleh aku cakap, bebudak poli ni bole tahan la daring . Memang memanfaatkan sepenuh effort untuk follow tema dinner tu. Yang aku ni pulak, oleh sebab rasa keterpaksaan tu, aku boleh lupa pulak date dinner tu so aku tak buat apa-apa preparation la citenye. Jangan kata ikut tema, memang salah habis la dress code aku. Hahah! Kesah pulak haku kan? Motif pegi juz nak makan je. My tummy yang comel ni harus diberi penjagaan rapi. hikhik.
*haa macam ni jea aku dress up. sempoi-sempoi macam nak pegi mall je*

Orang lain sume sibuk berhigh heels, from head to toe berbling-bling segala, make up pengantin alamakai... yang aku macam ni je. Memang rasa weirdo sangat lah. Tu nasib aku tak buat gila pakai flip flop je. Mau dia tak kasi aku masuk hall tu. HIHI. Bagi aku kan, tak kira la apa kita buat, tak payah la overdose sangat. Bila dah overdose, benda yang okay jadi tak okay, benda yang cantik jadi tak cantik. Bukan la aku nak kutuk kat depa yang menggunakan sehabis effort untuk kelihatan glam pada malam semalam tu juz bagi pandangan aku la. Bukan semua orang seswaiiiii makeup tebal-tebal macam opera cina tu. yang mana kulit putih melepak gebu ala ala Adira tu okay la lagik. habis habis sangat pon orang kata macam hantu cina. yang mana kulit tak berapa nak putih, ala ala Rani Mukherjee celup tu, bila make up tebal dengan foundation yang tak kena, kelabu asap terus jadinya. Mau potong selera sape yang tengok tu. Haha. Bukan tu je, baju pon. Disebabkan poli ni tak macam sesetengah U yang membenarkan free hair, so agak terhad la bagi mereka-mereka yang gemar berfesyen menunjukkan skill berfesyen dengan betul. Ada yang pakai short dress dengan inner and tight with shawl halfmoon tetiba and i was like???? Oooohhh agak pelik disitu tapi salute la kat sume-sume model yang berani mati mempamerkan fesyen masing-masing. Betul lah orang cakap, nak berfesyen tu kena berani. Tapi make sure your fashion make sense. Kalau pelik sangat aihh sakit mata nengokkkkk .

Event dinner ni aku boleh kasi 70/100 la . Foods okay, ada nasi, ada lasagna, dessert , buah, air. Okay la bout foods, takmau komen sangat pasal ni sebab aku antara terawal dapat amek makanan. Hahah da nampak buruk lantak kat situ. Actually bufet meals tu dekat je ngn meja aku so nasib la kann. Haha. Performance pun boleh la. Lecturer pon perform gak , walaupun takde retis macam Ainan Tasneem dijemput untuk memeriahkan majlis, stok-stok poli pon dah okay dah juz sound system la hancur sikit. Input pada malam tu dapat lah sikit-sikit. Dorang perjuangkan alam sekitar as objective, plant more trees, join charity event with MNS, save our planet bagai-bagai. Quite good la. The best performance, dari organizer tu sendiri. Bebudak senior tu dance remix beberapa lagu Chammak Challo, lagu kak melah diam-diam jatuh cinta pon ada and Harlem Shake tetiba! Mampu sume guest pon ikut Harlem Shake? hahah! Sawan kejap. Kire bagus la dorang letak performance tu last-last. Padahal masa tu sume guest dah lemau , ngantuk sume ada dahh tetiba chammak challo sume segar-bugar balik. Thumbs up la untuk tu.

Kalau pasal nak complaint, aku juz tak puas hati dengan dia punya host, yang boringgg, merapu meraban je banyak and tak pandai buat joke sikit pun dengan kenapa dorang tak pasang aircond masa awal-awal guest masuk? Kenapa mesti tunggu VIP guest datang dulu baru nak pasang aircond segala? Hall yang besar dan tertutup tu memang lah da jadi bilik sauna bila dah pack orng kat dalam tu. Habis cair makeup meks ni uollsss. Tu jela yang aku tak puas hati . Nasib ada survey form untuk feedbaack, memang aku komen lah. Haha. Overall aku rasa event ni not bad la compared to join seminar dengar ceramah berejam-jam yang membosankan sampai kematu punggung ni and family day yang ridiculous suh berdikir barat bagai. Next sem turn batch aku pulak kene handle event. ha mampus! hahaha! For sure kene plan yang gempak-gempak so that orang yang join rasa berbaloi dan takde istilah keterpaksaan untuk join. Harap-haraplah...

*me with housemates! yaya & jiji*

*pakai wedges pon still pendek. takpe pendek tu comel :D*

*woot woot dapat bergambar dengan klon aaron ajis! jangan jelesss haha :P*

*okayy mood sawan dah datang dengan gegurls sume*

*haa amekaw*

*last but not least nak selit gak gambar ni, muka flawless gila kot! nak tau apa rahsianya? segalanya mungkin dengan camera 360. Kbai* hahaha

Monday, March 25, 2013

Saving

Tadi aku pegi topup duit saving aku. Hurm, dah berapa lama tak topup!!!! Asyik keluar, keluar, keluar je tak sedar macam air. Actually dulu aku ni memang la pemboros orangnya. Bab2 shopping tak hingat duniaaa!!! Paling menyesal sebab da banyak keje aku buat tak pernah terfikir nak cut sikit untuk saving. Sobs sobs sobs. kalau tak mesti da banyak jugak dah. Tapi since aku da masuk poli, dah tetiba timbul kesedaran , aku pon mula menyimpan.

At first aku saving, mcm kelaka pon ada sebab siap google bagai macam mana cara nak saving bagi pemboros macam aku ni. Nak letak dalam tabung, nanti da agak berat aku mesti korek punya. And then, nahhh aku jumpa tips dari jutawan internet Malaysia yang femes iaitu Irfan Khairi. Saranan dia, bagi orang yang pemboros macam aku ni kene mula dari bawah tak boleh drastik2. Sama la macam kita nak lakukan sesuatu perubahan, mana bole drastik..kene slow and steady. Then, dia cakap, aku boleh start dengan menyimpan syiling. Biasakan guna duit kertas je, yang syiling tu terus masuk tabung. Aku kena disiplinkan diri aku macam tu untuk peringkat awal. And guess what, aku berjaya!!! Aku collect every sem so bila habis je sem, aku tukar duit syiling tu ngn ayah aku and masuk dalam saving account.. Tadaaaa! Sekarang aku da tak simpan syiling, aku saving by month, tak banyak pon tapi ada la dari takde... Tapi happy sangat bila tengok duit makin bertambah makin bertambah... For future kot!!! Hihihi

Banyaknya planning aku in future.. tapi bagi aku saving tu memang perlu.. as contigency kann. Kita mana tau apa akan jadi in future. Just disebabkan aku student, and income aku hanyalah dari PTPTN dan belas ihsan ayah, aku taktau manage sangat. Ayah banyak kali ingatkan aku pasal bajet... tapi aku stil mcm blur-blur lagi. Senang citer aku tak amek port sangat lah bab-bab bajet ni. Enjoy still enjoy, saving tetap saving. Takdela da save sampai tak bole enjoy, shopping or pegi mana-mana kan. Tapi aku rasa, kalau aku dah keje, dah ade income sendiri , ofcos la aku kene stick to budget. tak bole la sesuka hati aku nk berjoli sana sini. Sekarang ni senang lagi sebab masih makan tanggung berak cangkung, in future?? haaa... Hope apa yang aku lakukan bole konsisten dan hasilnya membawa kepada kebaikan.. :)

Me, lately

Haa da bersawang pon blog aku ni tak update. Hikhik. Pe kes aku ni harini tetibe update? Peliks kan kan kan. Actually, aku bosannnnn. Sama la macam lagu stacy yg tengah melatop-latop kat radio sekarang 'aku bo bo bo bo bosannnnn' haaa da cukup boleh describe perasaan hati aku sekarang. Sedar tak sedar aku dah cecah umur 23 tahun pon sekarang. Sebaya lah dengan top blogger si Hanis Zalikha tu. Dia da jd retis dah pon, dah kayooooo dah pon. Aku ni umur 23 masih mengharap belas ihsan mak bapak. Hahaha. Tp apepn biasa la tu, rezeki masing-masing kan janji kena rajin berusaha. In shaa Allah ape yg dihajati, di planning akan tercapai jua. Cewahhh. Berkobar-kobar la sekarang. datang esok penyakit malas dah takleh watpa la, duk kat umah jela :)

Meniti usia dewasa ni mengajar aku banyak perkara. Perubahan paling ketara physically yes, lebih gebu dari dulu *sigh* bukan salah ibu mengandung atau mereka dan keluarga mereka ya, salah sendiri sebab makan banyak sgt aihhh pastu ditambah dengan kemalasan nak exercise, padan muka kauuuuu. ( bebel kat diri sendiri tetiba ) . Selain fizikal yang berubah , ofcos la cara pemikiran. Mungkin lebih matang dari dulu, cewahhh tapi masih banyak lagi perkara yang harus diperbaiki. Yela, tak aku nafikan , kita tak mampu nak buat perubahan yang drastik. Kalau kita nak sesuatu perubahan tu bertahan lama, maka kita kene selalu memperbaiki diri lah dari semasa ke semasa. jangan pernah berhenti. Sentiasa muhasabah diri. Banyak lagi perkara, macam pengalaman yang kita dapat, dengan failure yg kita dah tempuh, tu sume mengajar kita untuk berfikir lebih matang dan positif dalam membuat apa je keputusan dalam kehidupan.

Sedar tak sedar nak habis dah pon dip aku kat poli. Anyway, aku tak pernah menyesal amek Diploma in Tourism Management as my first choice. Banyak sangat ilmu yang aku dapat, and the most important aku minat course ni. Yela kalau aku tak amek course ni rasanya aku masih katak di bawah tempurung kot. Disebabkan aku amek course ni, minda aku terbukak untuk menghargai alam, pegi travel gain some knowledge, pursue my dreams, dont afraid about anything except Allah SWT dan banyak lagi lah. Aku rasa best sangat lah. Dapat belajar swimming, dapat pegi join outdoor activities mcm kayaking kat pulau, snorkeling, rafting, trekking kat 3rd hardest trail in Pahang National Park.. Perghhh sumenye pengalaman yang tak ternilai lah citenye. Kalau ada rezeki, aku mmg nak sambung degree in the same course. Dengan izin Allah :)

Selain studies, ape yang aku realize psl idup ni is how we value ourselves dgn each other, tak kira la family , friends, buayafriends or gilefriends etc... The most important family lah. Nama pon family first kan. Ape yang aku nampak , semua family berbeza, mcm apa yg kita ada sekarang, macam mana kita sekarang based on mcm mana family kita didik lah kan. memang takan terlepas punya kita nak compare psl family kita dgn org lain . Aku pon kekadang macam tu jugak, lagi-lagi masa kecik dulu cam tak puas hati je tgk kenapa family dia pakai kereta ni.. kenapa mak dia selalu sediakan bekal untuk dia.. kenapa family dia rajin celebrate birthday dia tak mcm aku pon.. dan macam-macam lagi persoalan la yg aku bangkitkan. Okay, secara matangnya sekarang aku fikir, hmm we shouldnt compare lah. patutnya kita bersyukur sebab masih ada mak ayah, adik-beradik, senang citer kalau nak rasa satisfied, kita kene buat comparison yang bijak. bandingkan diri kita dgn orang yang kurang bernasib baik so that kita akan stop thinking psl ridiculous thing yang lain. Macam friends plak, makin aku dewasa makin aku nampak mana satu kawan mana satu lawan. Kawan tu orang yang sentiasa ada disisi kita tak kira susah or senang. setiakawan la citernye.. nak cari yang macam ni mmg susah. walaupun friends kat fb cecah beriban-riban tapi sebenarnya tu tak menunjukkan kau ramai kawan. Apa yang aku sedar sekarang, aku tak perlukan pun beribu kawan tu ( kalau ada tu hebat lah ), tapi cukup la sekadar beberapa yang betul-betul memahami, boleh bagi pendapat dan nasihat, sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kawan dia ni lah , bukannya ada sifat BUSUK HATTI, DENGKI, TIKAM BELAKANG dan sebagainya. Alhamdulillah, masih ada. Harap hubungan persahabatan tu lasts forever. Amin :)

Pasal lovelife plak, pun sama jugak, banyak pengalaman yang aku dapat. Tak kisah la cinta monyet ke beruk ke apa, scandalous ke, first love experience ke, platonik ke ape segala, aku dah merasa. And untuk itu, aku rasa sudah cukup sudah~~~ Hahaha. Takde masa aku nak memain lagi walaupun kekadang dalam hati nak jugakk hahahha. ish ish ish.. tak boleh... i must do something to prepare myself better... To my first love, thanks for the heartbroken u've made. You made my eyes wide open...Tak ada cinta yang tak indah, sume indah-indah belaka, tapi indah khabar dari rupa tu pun ye jugak.. hahahah.. Tak kira la apapun, always look forward and think positive.. Yang baik kita teruskan, yang tak elok jangan la dibuat lagi.. Harap aku ataupun sesiapa jela yang tengah mencari cinta dipertemukan dengan jodoh yang baik dan berkekalan sehingga ke syurga.. Dont ever give up hope... Teruskan hunting!!! Nak cari yang sweet dan kacak mcm 'R' , zombie kacak dalam Warm Bodies!! Aww cair siot :D