Monday, March 25, 2013

Me, lately

Haa da bersawang pon blog aku ni tak update. Hikhik. Pe kes aku ni harini tetibe update? Peliks kan kan kan. Actually, aku bosannnnn. Sama la macam lagu stacy yg tengah melatop-latop kat radio sekarang 'aku bo bo bo bo bosannnnn' haaa da cukup boleh describe perasaan hati aku sekarang. Sedar tak sedar aku dah cecah umur 23 tahun pon sekarang. Sebaya lah dengan top blogger si Hanis Zalikha tu. Dia da jd retis dah pon, dah kayooooo dah pon. Aku ni umur 23 masih mengharap belas ihsan mak bapak. Hahaha. Tp apepn biasa la tu, rezeki masing-masing kan janji kena rajin berusaha. In shaa Allah ape yg dihajati, di planning akan tercapai jua. Cewahhh. Berkobar-kobar la sekarang. datang esok penyakit malas dah takleh watpa la, duk kat umah jela :)

Meniti usia dewasa ni mengajar aku banyak perkara. Perubahan paling ketara physically yes, lebih gebu dari dulu *sigh* bukan salah ibu mengandung atau mereka dan keluarga mereka ya, salah sendiri sebab makan banyak sgt aihhh pastu ditambah dengan kemalasan nak exercise, padan muka kauuuuu. ( bebel kat diri sendiri tetiba ) . Selain fizikal yang berubah , ofcos la cara pemikiran. Mungkin lebih matang dari dulu, cewahhh tapi masih banyak lagi perkara yang harus diperbaiki. Yela, tak aku nafikan , kita tak mampu nak buat perubahan yang drastik. Kalau kita nak sesuatu perubahan tu bertahan lama, maka kita kene selalu memperbaiki diri lah dari semasa ke semasa. jangan pernah berhenti. Sentiasa muhasabah diri. Banyak lagi perkara, macam pengalaman yang kita dapat, dengan failure yg kita dah tempuh, tu sume mengajar kita untuk berfikir lebih matang dan positif dalam membuat apa je keputusan dalam kehidupan.

Sedar tak sedar nak habis dah pon dip aku kat poli. Anyway, aku tak pernah menyesal amek Diploma in Tourism Management as my first choice. Banyak sangat ilmu yang aku dapat, and the most important aku minat course ni. Yela kalau aku tak amek course ni rasanya aku masih katak di bawah tempurung kot. Disebabkan aku amek course ni, minda aku terbukak untuk menghargai alam, pegi travel gain some knowledge, pursue my dreams, dont afraid about anything except Allah SWT dan banyak lagi lah. Aku rasa best sangat lah. Dapat belajar swimming, dapat pegi join outdoor activities mcm kayaking kat pulau, snorkeling, rafting, trekking kat 3rd hardest trail in Pahang National Park.. Perghhh sumenye pengalaman yang tak ternilai lah citenye. Kalau ada rezeki, aku mmg nak sambung degree in the same course. Dengan izin Allah :)

Selain studies, ape yang aku realize psl idup ni is how we value ourselves dgn each other, tak kira la family , friends, buayafriends or gilefriends etc... The most important family lah. Nama pon family first kan. Ape yang aku nampak , semua family berbeza, mcm apa yg kita ada sekarang, macam mana kita sekarang based on mcm mana family kita didik lah kan. memang takan terlepas punya kita nak compare psl family kita dgn org lain . Aku pon kekadang macam tu jugak, lagi-lagi masa kecik dulu cam tak puas hati je tgk kenapa family dia pakai kereta ni.. kenapa mak dia selalu sediakan bekal untuk dia.. kenapa family dia rajin celebrate birthday dia tak mcm aku pon.. dan macam-macam lagi persoalan la yg aku bangkitkan. Okay, secara matangnya sekarang aku fikir, hmm we shouldnt compare lah. patutnya kita bersyukur sebab masih ada mak ayah, adik-beradik, senang citer kalau nak rasa satisfied, kita kene buat comparison yang bijak. bandingkan diri kita dgn orang yang kurang bernasib baik so that kita akan stop thinking psl ridiculous thing yang lain. Macam friends plak, makin aku dewasa makin aku nampak mana satu kawan mana satu lawan. Kawan tu orang yang sentiasa ada disisi kita tak kira susah or senang. setiakawan la citernye.. nak cari yang macam ni mmg susah. walaupun friends kat fb cecah beriban-riban tapi sebenarnya tu tak menunjukkan kau ramai kawan. Apa yang aku sedar sekarang, aku tak perlukan pun beribu kawan tu ( kalau ada tu hebat lah ), tapi cukup la sekadar beberapa yang betul-betul memahami, boleh bagi pendapat dan nasihat, sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kawan dia ni lah , bukannya ada sifat BUSUK HATTI, DENGKI, TIKAM BELAKANG dan sebagainya. Alhamdulillah, masih ada. Harap hubungan persahabatan tu lasts forever. Amin :)

Pasal lovelife plak, pun sama jugak, banyak pengalaman yang aku dapat. Tak kisah la cinta monyet ke beruk ke apa, scandalous ke, first love experience ke, platonik ke ape segala, aku dah merasa. And untuk itu, aku rasa sudah cukup sudah~~~ Hahaha. Takde masa aku nak memain lagi walaupun kekadang dalam hati nak jugakk hahahha. ish ish ish.. tak boleh... i must do something to prepare myself better... To my first love, thanks for the heartbroken u've made. You made my eyes wide open...Tak ada cinta yang tak indah, sume indah-indah belaka, tapi indah khabar dari rupa tu pun ye jugak.. hahahah.. Tak kira la apapun, always look forward and think positive.. Yang baik kita teruskan, yang tak elok jangan la dibuat lagi.. Harap aku ataupun sesiapa jela yang tengah mencari cinta dipertemukan dengan jodoh yang baik dan berkekalan sehingga ke syurga.. Dont ever give up hope... Teruskan hunting!!! Nak cari yang sweet dan kacak mcm 'R' , zombie kacak dalam Warm Bodies!! Aww cair siot :D


No comments:

Post a Comment