Monday, March 25, 2013

Saving

Tadi aku pegi topup duit saving aku. Hurm, dah berapa lama tak topup!!!! Asyik keluar, keluar, keluar je tak sedar macam air. Actually dulu aku ni memang la pemboros orangnya. Bab2 shopping tak hingat duniaaa!!! Paling menyesal sebab da banyak keje aku buat tak pernah terfikir nak cut sikit untuk saving. Sobs sobs sobs. kalau tak mesti da banyak jugak dah. Tapi since aku da masuk poli, dah tetiba timbul kesedaran , aku pon mula menyimpan.

At first aku saving, mcm kelaka pon ada sebab siap google bagai macam mana cara nak saving bagi pemboros macam aku ni. Nak letak dalam tabung, nanti da agak berat aku mesti korek punya. And then, nahhh aku jumpa tips dari jutawan internet Malaysia yang femes iaitu Irfan Khairi. Saranan dia, bagi orang yang pemboros macam aku ni kene mula dari bawah tak boleh drastik2. Sama la macam kita nak lakukan sesuatu perubahan, mana bole drastik..kene slow and steady. Then, dia cakap, aku boleh start dengan menyimpan syiling. Biasakan guna duit kertas je, yang syiling tu terus masuk tabung. Aku kena disiplinkan diri aku macam tu untuk peringkat awal. And guess what, aku berjaya!!! Aku collect every sem so bila habis je sem, aku tukar duit syiling tu ngn ayah aku and masuk dalam saving account.. Tadaaaa! Sekarang aku da tak simpan syiling, aku saving by month, tak banyak pon tapi ada la dari takde... Tapi happy sangat bila tengok duit makin bertambah makin bertambah... For future kot!!! Hihihi

Banyaknya planning aku in future.. tapi bagi aku saving tu memang perlu.. as contigency kann. Kita mana tau apa akan jadi in future. Just disebabkan aku student, and income aku hanyalah dari PTPTN dan belas ihsan ayah, aku taktau manage sangat. Ayah banyak kali ingatkan aku pasal bajet... tapi aku stil mcm blur-blur lagi. Senang citer aku tak amek port sangat lah bab-bab bajet ni. Enjoy still enjoy, saving tetap saving. Takdela da save sampai tak bole enjoy, shopping or pegi mana-mana kan. Tapi aku rasa, kalau aku dah keje, dah ade income sendiri , ofcos la aku kene stick to budget. tak bole la sesuka hati aku nk berjoli sana sini. Sekarang ni senang lagi sebab masih makan tanggung berak cangkung, in future?? haaa... Hope apa yang aku lakukan bole konsisten dan hasilnya membawa kepada kebaikan.. :)

No comments:

Post a Comment