Assalamualaikum semua!
Dah basi rasanya blog ni sebab sememangnya aku bukanlah seorang yang rajin sangat meng-update blog.
Cuma hal-hal yang aku rasa perlu untuk aku share dengan sesape je yang singgah blog aku ni, so i just wrote about this topic. Since aku sekarang bekerja dengan sebuah travel agency, so dapat la aku merasa tempias traveling...tapi bukan travel untuk seronok2, leisure mcm orang yang membeli pakej, aku keluar sebagai pekerja jgk just with different profesion..as a Tour Leader. Bukan senang weh nak jadi Tour Leader baq hangggg... Sebelum kuar tu, aku dah set mind aku, jangan fikir bercuti, fikir kerja, amanah yang kena pikul.. Well fun kena lah be fun, kalau kau tak fun, tak enjoy dengan apa kau buat, then tak jadi jugak. Masa dapat invitation dari boss tu, well perasaan hepy dan eksaited tu semestinye la weii..gile ko tak seronok, bole tgk negara orang free2 je...siap pergi pun orang kasi duit lagi tau.. Tapi aku cuak tahap gaban sebab aku ni tak pergi kursus lagi..(nak jadi TL suppose to be qualified), then aku ni tak pernah jejak obersea kome oiii...even singapore pon aku tak jejak lagi. Kalo obersea pon tak pernah pegi da konfem2 la pengalaman naik flight tu takde!
Aku paling cuak time kat airport lahh.. sbb lain airport lain procedure nya. aku kene study psl airport tuh. Memang la sebelum pergi aku dah diberi taklimat oleh my super senior.. Memang simple tapi input dia sangat-sangat membantu. Basically, sebelum pergi tempat orang , ko memang kene buat persediaan yang rapi. So pada korang yang bercita-cita nak jadi Tour Leader, aku nak share sikit tips dibawah:
1. Study about the country yg you nak pergi
keadaan airport ( kalau boleh cari map-kat mana dia punya immigration bagai2 ), document needed ( some country need visa/ arrival card ), currency yang dia guna, the history & culture, cari info pasal tempat-tempat yang ada dalam itinerary supaya ko tak la tercengang-bangang bila pax ko tanya soklan2 yang mampu menguji minda dan kredibiliti ko sbg Tour Leader, simple local language mcm hai,selamat pagi,terima kasih, goodbye dan sebagainya
2. Jadikan Tour Guide sebagai rakan karib
ya..ko memang kena jadikan Tour Guide ko sebagai rakan karib. Bila ko kat negara orang, even ko da study tahap excellent pun, ko tak boleh buat pandai..atau memandai-mandai. Macam aku agak bernasib baik sebab guide aku sangat baik hati, pemurah dan very helpful. Dia tahu apa dia buat dan dia tak berkira kena kerja lebih. Ko tak boleh expect ko akan dapat Tour Guide yang sangat profesional selalu, ada jugak yang buat kerja acuh tak acuh, yang pilih bulu dsbnya so bagi aku as a Tour Leader kita kene be ready.. expect the unexpected.. Tour Guide dgn Tour Leader mmg kena kamceng untuk kesenangan bersama...
3. Berani
Bila ko jadi Tour Leader, ko umpama seorang ketua yang menjadi tempat rujukan. So, ko kena berani.. Ko akan menjaga ramai orang tak kira tua. muda, sebaya, kanak-kanak dll. ko kena berani bertanya, ko kena berani bergaul, so kena berani la senang citer. Pengalaman aku bila aku dapat jadi TL ni, aku rasa bila aku jadi TL, aku bukan seperti aku. Personaliti aku totally berubah. Disebabkan aku fikir aku kena berani, masa kat sana aku mampu berdiri dihadapan pegang mic dan beri taklimat dan ulasan. Benda tu rutin yang ko wajib buat. Ko kena sentiasa update program yang akan dibuat, time berapa berkumpul, pakai baju apa, makan dekat mana, masa berapa lama...benda2 penting yang pax ko curious nak tahu, ko kena update.
Then ada satu malam tu, aku dpt info dr sorg pax aku, sorg pax aku yg aku pnggil aunty ( umur 66 tahun ) keluar malam jalan sensorang. so apa ko expect to do?? sebelum jadi apa-apa, better ko cari dia.. aku terus keluar cari dia, kalau nak difikirkan, aku pun seorang perempuan, dan bahaya jgk bagi aku kua sorang kat tempat orang, tapi aku tawakal dgn fikir tanggungjawab yang diamanahkan..aku pergi cari dia. end up dia dah balik kat bilik & dia hugs aku sebab terharu sangat dengan sifat concern aku..hehe
4. Ikhlas dengan apa yang ko lakukan
Benda paling penting..niat ko. ko kene ikhlas... bak kata HOD aku, orang yang bermusafir ni sentiasa diuji dengan pelbagai rintangan..jadi ko kena be careful and sentiasa mempersiapkan diri ko... segala masalah yang ko jangka mampu terjadi, ko kena senaraikan dan buat solution.. contoh bila pax ko hilang luggage, luggage tak sampai kat airport, apa ko kene buat, kalau kena report, dekat mana, mcm mana.. then klo ade yang kene ragut mcm mana, passport hilang dsb nya, benda2 tu sume ko da kene kaji dlu..supaya bila apa2 jd, ko mampu menyelesaikan masalah dgn baik dan tak panik. Aku punya cuak, aku siap expect soalan2 yg mungkin pax aku tanya, dan ternyata telahan aku betul. diorang mest tanya negara mana je aku dah pergi bawak group..berapa lama kerja dlm tourism industry..hahahha.. well aku dapat jawab dgn selambanya sbb dah expect!
Aku rasa setakat ni jela tips aku boleh kongsi pun, mungkin ada lagi macam for safety, mana nk simpan duit, passport dan sebagainya..benda-benda tu semua inisiatif la untuk ko sendiri tahu.. Apapun, bukan senang nak jadi Tour Leader, kalau 20 orang, ko akan berdepan dengan 20 ragam...kalau ok ok lah.. tapi dalam ramai-ramai tu ofcos la ada je yang takkan puas hati dengan ko, well kita tak mampu puaskan hati semua orang but at least kita dah mencuba yang terbaik... But experience is the best teacher.. Pengalaman menjadi Tour Leader sangat-sangat membuatkan aku rasa aku bertuah dan bersyukur dengan apa yang ada disekeliling aku sekarang...

No comments:
Post a Comment