Assalamualaikum.
Okay seperti semua sedia maklum especially Malaysians, semalam merupakan 13th General Election Day / PRU-13. This year aku da 23 so dah layak benar la nak mengundi kan. Nasib la lepas da cukup umur 21 aku terus pergi mendaftar kat Pejabat Pos. So, merasa la pengalamn first time mengundi! Ramai jugak kawan-kawan sebaya yang tak mendaftar. Lambat dapat kesedaran nak mendaftar kan, rugi ouh even satu undi pon! Aku punya pusat mengundi dapat kat SK Perpaduan. Seawal jam 10.30 pagi aku dah sampai kat pusat mengundi. Aku pergi dengan abang aku, my EX, and lagi sorang kawan abang. Aku dapat saluran 11, rasanya bilik-bilik saluran ni dia bahagikan ikut peringkat umur. Warga emas kebanyakannya kat tingkat bawah, muda-mudi je tingkat atas.
Sengal ouh tengok dorang yang potong queue , lagi-lagi budak laki la. Tak sabaq beratuq langsung. Cuaca sambil beratur tu agak hot hot heat lah, aku pun kalo bukan kerana fikirkan nak laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, kalau sesaje takdenye aku nak pergi.. hahaha. Tapi semangat nak pilih pemimpin lagi-lagi Melayu dan Islam, aku wajib pergi. Satu undi sangat berharga, satu undi mampu menunjukkan perbezaan. Nervous rasa bila masuk bilik mengundi tu. Kaunter 1st, aku tunjukkan IC, and dia check nama aku dalam name list, dia akan sebut nama aku, no IC kuat-kuat, 2nd kaunter, jari telunjuk aku belah kiri akan dicat dengan dakwat kekal kaler biru dan kaunter ke-3, aku dapat dua lipatan kertas undi untuk kerusi DUN dan PARLIMEN. Now proses memangkah kat tempat khas. Masa tu la boleh rasa tangan aku bergetar nak pangkah, mana taknya dalam otak ni fikir, kene pangkah camni 'X' bukan '/' ye japg undi rosak. Hahaha. Kelakar je risau undi rosak or tersalah pangkah parti. First timer kan, logik lah nervous. Pastu da siap-siap pangkah, lipat balik and masukkan dalam petak undi. DONE! Lepas je habis mengundi, terus shoot ke Dewan Perpaduan, kenduri kawen Kak Ain ngn Abg Zam. Kak Ain femes trus masuk tv3, masuk paper metro. Kelasss tau! Hahaha. The best part psl mengundi, aku rasa dekat je dgn si dia. Acah-acah couple gittew. Tau si Mona mampus aku. Haha tu je nak cerita! :D
Sebelah malamnya semua pakat berkumpul untuk tau result. Nervous juga ni sebab mana la tau Malaysia selepas 55 tahun tetibe tukar tampuk pemerintahan pulak kan? Wowowo... Walaupun persaingan sengit, tapi BN masih diberi mandat untuk memajukan Malaysia. Syabas. Harap selepas ini, corak pemerintahan akan lebih baik lagi untuk meraih kepercayaan rakyat majoriti. Pandangan aku secara personal, orang Melayu harus bersatu demi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran negara. Bangsa lain bersatu, kenapa tidak Melayu? Renung-renungkan :)
No comments:
Post a Comment