Cepatnya masa berlalu. Well, time flies really fast, cepat bagi mereka yang sibuk dan terasa lama bagi mereka yang banyak membuang masa. 2014 and I am 24. Sikit je lagi target nak naik pangkat, i mean status sebagai suri seseorang. jeng jeng jenggggg! Siapakah bakal imamku? Cewahh. Dunia study yang menyesakkan kepala da habis, now aku da move to one stage, dunia kerjaya. Alhamdulillah, habis je study bulan 10 ritu, aku tak menunggu lama untuk cari kerja. Aku target untuk kerja kat travel agency yang my ex-housemate practical dulu kat area Cheras. And one shot, aku dapat kerja tu walaupun position yg unexpected as Operations Executive.
Setakat ni dah hampir 2 bulan aku jadi staff. At first, ramai yang ingat aku budak practical, maybe sebab nampak aku awet muda kot. Kekeke~ Actually, aku tak pernah terfikir pon nak kerja dekat travel agency. Yes aku ada background tourism, tapi bekerja dengan travel agent tak pernah ada dalam option list aku pon. My target always be lecturer or businesswoman / entrepreneur. But, tulah entah macam mana aku boleh terjebak. Sebab utama aku nak sangat kerja kat travel agency ialah aku nak pegi travel free. Hahaha! Aku rasa mostly pun punya sebab yang sama macam aku jugak. Macam kat ofis aku, probability untuk dapat travel free tu memang tinggi tapi kene tunjuk performance yang bagus la. Bos akan bagi chance untuk jadi Tour Leader and bawak group pegi trip.
Busy belajar dengan busy bekerja memang lain. Penat belajar dengan penat bekerja pun rasa lain. Environment dia totally berubah. Aku paling rasa susah masa baru start kerja. Aku pegi kerja naik kaki kot. Penat gila. Dari Wangsa Maju ke Masjid Jamek aku naik Putra LRT, sampai situ aku tukar naik LRT Star plak sampai Pandan Jaya. Selebihnya tu aku jalan kaki la. Paling terasa tension time pagi-pagi la, dalam tren dah konfem pack dengan manusia, pastu kene berjalan laju sebab nak kejar punch card. Sejam jugak la perjalanan aku pegi ofis. Sebulan je bertahan aku gune Rapid Card untuk ulang alik dari rumah ke ofis. Then aku balik Ipoh & amik kete. Tekad pasni jalan jam pon redah jela daripada naik kaki. Bukan la aku tak tahan nak berjalan, positively aku fikir bagusnya hari-hari aku eksesais tapi masalahnya timing aku balik tak menentu so agak bahaya la. Dah la area ofis aku tu memang tempat wanted pernah ada kes ragut, rogol sume. Mana tak takuit aihhhh
Komen aku pasal keje aku ni.. so far so good la. Takde la good mane sebab aku asyik buat salah je. Aku memang pening habis aaa sbb kene deal ngan airlines, ngan ground, banyak pulak tu departure. Macam aku kene jaga 4 sector- Indonesia, Singapore, Vietnam n Japan. Indonesia tu dipecahkan pulak ke Bandung Bali, Jakarta Bandung, Jakarta Jogja Solo n Tanah Jawa. Vietnam plak aku cover Saigon n Hanoi. Kelam kabut gak r nak kejar dateline sume. Lagi lagi aku baru, kalau aku wat cepat-cepat nanti salah kene menjawab plak, so biar la lambat asalkan selamat. Tapi nak lambat sangat pun tak bole jugak. Stok kene bahan je..Haha! Entah kenape time keje aku blur habis kalah Blank Ji-Hyo.. Sumpah blur. Aku pon blur kenapa aku blurr..kekeke~ Kalau ikutkan, keje aku tu dia nak zero mistakes. Well ada ke human yg tak wt mistake? Tu mustahil la juz jangan repeat the same mistake twice la kann. Tu nak mampus namanya. Sebab sume bende melibatkan cost so kene sangat-sangat beware.
Pasal collegue, okay la. Ada yang betul-betul layak dibuat kawan. Memang ikhlas membantu, ada yang membantu ala kadar je, ada yang kaki kipas, kaki ampu, well standard ah tu kan. Aku memang jenis yang susah nak percayakan orang so, aku sangat berhati-hati dalam berkawan. Bukan la nak bersangka buruk, juz berhati-hati..
No comments:
Post a Comment